Jodoh Perkahwinan
December 29th, 2007 by nurafzan-ahmadOleh : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj
"Melalui
emel, seorang wanita bertanya apakah keturunan menyumbang perihal
jodoh. Kakaknya sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin. Usianya
sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya teman."
Tidak,
jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina
kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2
lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita
baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang
jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang
diri drp menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang
kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku
pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2
mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita
selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita,
bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki
kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org
yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa
membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat
ganda.
Ketika anda
terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah
hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah
baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan
cepat sampai ke tmp yang dituju. Padahal si penunggang motosikal
mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2
bandar raya.
Bukan
semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.
Demikian
juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi,
sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina
sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang
berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai
orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa
ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka
bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang
sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak
sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan
diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.
Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah
dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai
yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya
jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki
naik.
Berkahwin
itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin
itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang
untuk mengukuhkan ima, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai
matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada
kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah
anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan
mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan
datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar
jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.